Beberapa syarikat teknologi sedia melihat kepada kaedah memancar internet ke seluruh dunia melalui angkasa, dan Amazon turut tidak ketinggalan. Terbaru, Amazon telah menerima kebenaran pihak Amerika Syarikat untuk melepaskan lebih 3000 satelit berorbit rendah, sekaligus menggunakannya dalam memancarkan internet kepada pengguna.
Kaedah ini dilihat oleh pelbagai syarikat teknologi dalam usaha membawa sambungan internet ke kawasan pedalaman – terutamanya yang sukar dibangunkan infrastrukturnya.
Amazon mengatakan akan membelanjakan sekitar $10 bilion dalam usaha ini, dibawah apa yang dipanggil mereka sebagai Project Kulper. Sebanyak 3236 satelit akan dilancar ke ruang udara, dan menawarkan rangkaian akses internet global melaluinya.
Buat masa ini, tiada sebarang latar masa disediakan oleh Amazon. Ia dijangka Amazon akan menawarkan pancaran internet di Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke peringkat global.
Selain Amazon, Space X turut melihat kepada arena sama dalam usaha memancarkan internet kepada pengguna.