Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Digi Prepaid NEXT Menawarkan Pelan Prabayar Dengan Internet Pantas Dari RM15 Sebulan

$
0
0

Digi hari ini mengumumkan pelan pra-bayar terbaru mereka yang dinamakan Digi Prepaid NEXT dimana pengguna boleh mendapatkan data berkelajuan tinggi pada harga serendah RM15 sebulan.

Pelan Digi Prepaid NEXT ini hadir dengan beberapa pilihan daripada RM15 yang akan memberikan anda 3GB data sebulan, RM28 yang memberikan anda sebanyak 6GB data sebulan dan RM28 yang memberikan anda 4GB data sebulan dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian telekomunikasi di Malaysia.

Pelan RM15 membolehkan pengguna untuk mengakses platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram tanpa had, manakala pelan RM28 dengan data 6GB turut menambahkan akses tanpa had untuk platform video YouTube.

Tambahan kepada itu, para pengguna yang memperbaharui pelan Digi Prepaid NEXT ini pada masa yang ditetapkan akan menerima data tambahan dari 500MB ke 2GB bergantung kepada berapa lama mereka menggunakan pelan tersebut.

Dalam pada itu, semua pengguna Digi Prepaid NEXT juga akan menerima 1GB data percuma sepanjang hayat untuk memastikan mereka masih boleh menggunakan fungsi-fungsi yang memerlukan data seperti membayar bil prabayar sebelum ia dihalang.

Jika pengguna inginkan data tambahan kepada pelan sedia ada, mereka boleh menambahnya bermula dari RM1 sahaja. Dengan setiap pembayaran RM10 pula, pengguna akan menerima waktu panggilan Digi-ke-Digi selama 100 minit untuk percuma, dan juga panggilan IDD ke negara-negara terpilih selama 20 minit.

Pelan ini dapat diakses melalui aplikasi MyDIgi pada peranti Android dan juga iOS. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan ini, anda boleh ke laman web Digi Prepaid NEXT.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889