Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Astro GO Kini Menawarkan Hadiah Menarik Kepada Pengguna Bertuah

$
0
0

Sejak bermulanya tempoh PKP, aplikasi Astro GO mula menawarkan tontonan 22 saluran percuma kepada pengguna sehingga 31 Mac 2020. Hasilnya ialah mereka kini mempunyai hampir 1.4 juta pengguna aktif bulanan. Bagi mereka yang menggunakan Astro GO, pihak Astro kini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna bertuah menerusi pertandingan Download and Win.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Astro Go dan mendaftar akaun untuk menyertai pertandingan ini. Antara hadiah yang ditawarkan ialah telefon pintar Vivo V17 Pro dan baucar tunai JD Sports. Pertandingan akan berlangsung sehingga 17 Mei hadapan dengan pengumuman pemenang akan dilakukan setiap dua minggu. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke pautan di bawah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889