Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Digi Menawarkan Data Percuma 1GB Sehari Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

$
0
0

Hari keempat perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kami menyedari penggunaan data di rumah meningkat kerana keperluan kerja. Kami yakin ini bukan masalah yang merisaukan kami seorang sahaja. Digi nampaknya cakna dengan situasi ini dan mula menawarkan 1GB data sehari kepada pelanggan talian pascabayar mereka sehingga 31 Mac.

Penggunaan kuota data ini bebas mengikut kehendak pelanggan tetapi hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang. Dengan ini masalah kekurangan data untuk melakukan kerja dari rumah misalnya dapat dielakkan. Untuk menebus data percuma ini, anda perlu melakukannya menerusi aplikasi MyDigi. Ia akan terpapar sejurus selepas aplikasi dibuka.

Sejak PKP diaktifkan syarikat telekomunikasi mula cuba meringankan beban pelanggan dengan pelbagai penawaran menaik. Semalam Digi mula mengingatkan pelanggan untuk kekal di rumah menerusi status selular peranti.

Adakah syarikat perkhidmatan selular anda menawarkan pelan yang menarik sepanjang tempoh PKP? Sekiranya tidak apa yang anda inginkan dari mereka?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888