Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sejumlah syarikat telekomunikasi telah hadir dengan penawaran masing-masing dalam memastikan pengguna kekal berhubung dan mendapatkan informasi terkini dengan mudah. Terbaru, turut menyertainya adalah Yoodo.
Yoodo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memberikan semua pengguna aktif mereka dengan data sebanyak 1GB secara percuma setiap minggu bermula 20 Mac 2020 sehingga penghujung April 2020.
Data percuma ini akan dikemaskini setiap hari Isnin, dan boleh digunakan tanpa had untuk pelbagai perkara.
Bagi anda yang menggunakan Yoodo, boleh menyemak penawaran data percuma ini pada akaun anda bermula hari ini.