Celcom hari ini mengumumkan pengenalan rasmi untuk perkhidmatan VoLTE bagi para pengguna iPhone dibawah rangkaian mereka.
Buat masa ini, model iPhone yang disokong untuk menikmati ciri VoLTE ini adalah iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max.
Melalui penawaran VoLTE, ia akan membolehkan penggunaan panggilan suara melalui rangkaian 4G LTE. Ini sekaligus menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik, disamping memudahkan pengguna menggunakan rangkaian data dan juga panggilan suara pada waktu yang sama.
Untuk mengaktifkan VoLTE pada iPhone dibawah rangkaian Celcom, anda perlu memastikan ia menggunakan iOS 13.3. Seterusnya, ke halaman Settings, pilih Mobile Data > Mobile Data Options > Voice & Data > 4G dan aktifkan VoLTE.