Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Ericsson Membatalkan Penyertaan Di MWC 2020 Kerana Kebimbangan Koronavirus

$
0
0

Wabak koronanvirus baharu telah meragut lebih 600 nyawa di seluruh dunia. Penerangan masuk dan keluar dari beberapa wilayah China telah dihentikan bagi mengelak wabak ini dari tersebar. Ericsson, antara peserta pameran terbesar di MWC Barcelona setiap tahun telah mengumumkan pembatalan mereka tahun ini atas sebab kebimbangan koronavirus baharu.

Langkah diambil selepas melakukan penilaian risiko dan merasakan mereka mungkin akan meningkatkan risiko ribuan pelawat dan kakitangan terdedah kepada virus. Kesemua demonstrasi teknologi dan kandungan yang telah dihasilkan untuk MWC Barcelona 2020 akan diperlihatkan di acara Ericsson Unboxed secara kecil-kecilan kelak. Selain Ericsson, ZTE dan LG turut mengambil langkah membatalkan persidangan media mereka di MWC Barcelona atas sebab yang sama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Trending Articles