Menggunakan rangkaian TuneTalk? Terbaru, pihak TuneTalk telah mengumumkan yang mana penyedia rangkaian mereka, iaitu Celcom akan melakukan penyelenggaraan antara 9 Disember sehingga 13 Disember 2019 ini.
Tune Talk mengatakan pengguna di Lembah Klang, Selangor, Johor dan Sabah akan terkesan dengan proses penyelenggaraan ini.
Ketika proses penyelenggaraan, pengguna mungkin mengalami sedikit gangguan melibatkan panggilan suara dan juga data.