Salah satu daripada tunjang NFCP ialah sebuah laporan yang akan disusun berdasarkan ujian-ujian rangkaian 5G yang dijalankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.
Laporan tersebut dijangka akan disiapkan sekitar penghujung bulan ini, dimana semua butirannya akan diserahkan kepada pihak kerajaan pada suku keempat tahun ini.
[Infografik] @GobindSinghDeo mengenai perkhidmatan 5G pic.twitter.com/J06h8HSdTH
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 14, 2019
Ujian-ujian rangkaian 5G kini sedang dijalankan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, dan bukan sahaja menguji kelajuan dan sela-masa rangkaian 5G, tetapi bagaimana ia boleh digunakan untuk memanfaatkan orang ramai menggunakan melalui perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada dan akan datang.
Berdasarkan NFCP, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengkaji laporan yang dikeluarkan kelak sebelum ia dibentangkan di Parlimen untuk dilaksanakan secara rasmi.