Telekom Malaysia hari ini telah membuat beberapa pengumuman dibawah kempen #KhabarBaik mereka, dimana termasuk pengenalan harga baru untuk pelanggan Streamyx melalui pemindahan ke pelan Unifi Lite baru, selain pelancaran perkhidmatan baru Unifi Air.
Bersama-sama dengannya juga, pihak TM berkongsi yang mana pelanggan Unifi Lite (10Mbps) sedia ada akan turut menikmati harga langganan baru bermula September 2019 ini, iaitu pada harga RM69 sebulan.
Sebelum ini, pelan Unifi Lite telah ditawarkan sejak 2017 yang lepas, menawarkan akses internet 10Mbps pada harga langganan RM129 sebulan (kemudian ditawarkan pada harga serendah RM99 sebulan). Ia hadir dengan penawaran asas, tanpa panggilan percuma mahupun akses Unifi TV.
Dengan perubahan harga baru ini, semestinya pelanggan Unifi Lite (10Mbps) gembira dengan langkah ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan pelan Unifi Lite (10Mbps)?