Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Ujian Rangkaian 5G Akan Diperluaskan Ke Beberapa Negeri Tambahan Tidak Lama Lagi – Gobind Singh Deo

$
0
0

Sewaktu acara penyerahan laporan rangkaian 5G di pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo telah mengumumkan dimana ujian rangkaian 5G yang kini sedang dijalankan di Cyberjaya dan Putrajaya akan diperluaskan ke negeri-negeri lain tidak lama lagi.

Menurut Gobind, negeri-negeri yang akan terlibat dengan ujian rangkaian internet pantas ini termasuklah negeri-negeri seperti Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

Beliau tidak memberitahu bilakah syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan menguji rangkaian 5G ini di negeri-negeri tersebut, tetapi menjangkakan ia akan berlaku tidak lama lagi, sebelum ujian rangkaian tersebut berakhir dengan rasminya pada pertengahan tahun hadapan.

Pada minggu lepas, pihak Celcom sudahpun menunjukkan rangkaian ujian 5G mereka di Petaling Jaya yang akan dijalankan selama enam bulan, merangkumi beberapa kawasan perumahan, perniagaan dan majlis perbandaran yang akan menguji ketahanan rangkaian tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908