U Mobile hari ini telah hadir dengan sebuah lagi pelan prabayar yang serba baru, dinamakan sebagai Unlimited Funz. Pelan prabayar baru ini akan diaktifkan untuk semua pengguna prabayar U Mobile yang baru, selain boleh turut digunakan oleh pengguna prabayar sedia ada dengan membuat perubahan pelan.
Melalui pelan baru ini, ia menawarkan data tanpa had untuk pelbagai aplikasi sosial popular, termasuk Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp, WeChat, IMO, Viber, dan juga Facebook Messenger. Menariknya, pihak U Mobile turut menambah penawaran data percuma untuk Mobile Legends dan PUBG melalui penawaran pelan baru ini.
Walaubagaimanapun, untuk menikmati penawaran data percuma ini, pengguna perlu memastikan talian mereka sentiasa aktif.
Bagi pengguna U Mobile yang ingin beralih ke pelan baru ini, anda boleh melakukannya dengan mendail *118*6*2*3#
hari ini. Untuk pengguna baru pula, boleh mendapatkan kad SIM U Mobile melalui laman rasmi mereka, atau melalui pengedar U Mobile seluruh negara.
Layari : U Mobile Unlimited Funz