Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Telefon 5G Dijangka Akan Mencecah Pengeluaran Sebanyak 1.9 Bilion Menjelang Akhir 2023

$
0
0

Kita pada saat ini berada pada era permulaan 5G, yang mana ia baru sahaja diperluaskan kepada sejumlah kecil lokasi di dunia. Namun penggunaannya dijangka akan terus meningkat, dengan adanya kemudahan infrastruktur dan peranti yang lebih meluas.

Menurut Canalys, pengeluaran telefon 5G bakal terus melonjak dalam masa sekitar 4-5 tahun lagi. Perkara ini disebabkan daripada kesediaan peranti 5G yang lebih meluas, disamping menawarkan harga yang lebih berpautan kepada pengguna. Menurut mereka, pengeluaran telefon ini akan mencapai melebihi 1.9 bilion pengeluaran menjelang akhir tahun 2023.

Peningkatan ini dijangka akan didorong secara besar daripada penggunaan peranti 5G di China dan Amerika Syarikat. China bakal menyumbang sebanyak 34% untuk pasaran 5G, sementara A.S akan memberi penggunaan sebanyak 18.8%. Pada tahun 2023, sebanyak 62.7% yang dikeluarkan di China adalah berasaskan teknologi 5G.

Walau bagaimanapun, Canalys mengatakan jangkaan ini mungkin akan terdapat sedikit perubahan, berikutan daripada pemasangan infrastruktur 5G yang sedikit perlahan pada saat ini. Walaupun 5G dilihat memberi lebih banyak manfaat, sesetengah pihak berkuasa ingin menelitinya dahulu terutama dari segi kos teknologi, sekuriti, dan kesihatan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908