Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Maxis Hadir Dengan Kedai Konsep Yang Serba Baru Dengan Rekaan Lebih Mesra Pengguna

$
0
0

Maxis kini telah memperkenalkan kedai konsep terbaru mereka di The Gardens, Mid Valley. Melalui rekaan kedai konsep baru ini, Maxis dilihat memfokuskan kepada gaya hidup digital yang semakin menjadi fokus ramai, selain pada masa yang sama menawarkan pengalaman khidmat pelanggan yang lebih baik kepada pengguna.

Berbeza berbanding pelbagai kedai syarikat telekomunikasi pada hari ini, melalui kedai konsep Maxis yang baru ini, ia memfokuskan kepada rekaan seumpama “kafe”, selain pada masa yang sama mempunyai ruangan khusus untuk bermain permua, menguji peranti, melihat pelbagai gajet baru, dan membuat perbandingan antara peranti melalui skrin pintar yang dilekapkan ke dinding.

Maxis juga menggunakan sejumlah teknologi terkini dalam memantau aktiviti dalam kedai konsep berkenaan – termasuk penggunaan kamera untuk memantau sentimen dan pergerakkan pelanggan, selain teknologi RFID untuk membolehkan peranti dan aksesori dipaparkan tanpa keperluan menyambungkan sebarang kabel.

Disamping itu, Maxis juga turut menawarkan pengalaman digital sepenuhnya daripada mengambil nombor untuk bertemu khidmat pelanggan, sehinggalah penyelesaian masalah pelanggan sepenuhnya.

Bagi anda yang berminat, boleh berkunjung ke kedai Maxis di The Gardens, dan melihat sendiri rekaan serba baru ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888