Minggu lalu, Digi bersama Automation Anywhere iaitu peneraju Robotic Process Automation (RPA) telah menjadi platform telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menganjurkan acara Botathon buat julung kalinya.
Untuk makluman anda, Botathon adalah acara yang mendedahkan kakitangan Digi kepada penggunaan perisian perisian bot bagi melakukan tugasan harian dengan lebih pantas. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah bot memaparkan maklumat pelanggan secara automatik semasa kakitangan sedang berinteraksi dengan mereka dalam perbualan telefon. Ini mengurangkan keperluan pekerja manusia mencari maklumat secara manual yang akan membuang masa.
ini adalah sebahagian daripada usaha Inovasi 360 Digi bagi menggalakkan pekerja untuk mengubah secara digital dengan penyediaan pelbagai platform penerapan inovasi dan peluang untuk mereka mengembangkan kemahiran baharu.
Acara ini juga bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja digital yang lebih tangkas selari dengan keperluan industri. Selain daripada proses automasi, penglibatan pekerja adalah satu lagi objektif utama Botathon – membolehkan pekerja untuk melancarkan kreativiti mereka dan mengambil pemilikan mengendalikan tugas harian.
Melalui kerjasama ini Digi dapat mengakses terus kepada Edisi Komuniti perisian Automation Anywhere RPA. Beirkut, ini adalah inisiatif tambahan kepada program latihan dan pensijilan Automation Anywhere University.