Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Ini Ialah Antaramuka Baharu Astro Go Dan Kotak TV – Kandungan 4K Akan Ditawarkan Dalam Masa Terdekat

$
0
0

Pada Ogos tahun lalu Astro mula menawarkan kandungan beresolusi 4K secara terhad pada beberapa restoran terpilih. Ujian tayangan 4K ialah langkah pertama sebelum menawarkan kandungan 4K secara massal menerusi kotak TV baharu mereka tahun lalu. Namun begitu sehingga kini tiada pakej 4K ditawarkan kepada umum. Hari ini Astro dan Synamedia telah mengumumkan kerjasama untuk menawarkan perkhidmatan video premium 4K pada pelbagai skrin pengguna.

Menerusi perjanjian ini Astro akan mampu menawarkan kandungan 4K pada set kotak TV dan pelbagai peranti pintar menerusi aplikasi Astro GO. Antaramuka Astro GO dan set kotak TV juga akan diselaraskan bagi memudahkan pengguna menonton lebih 40,000 jam kandungan yang ditawarkan.

Teknologi Infinite Platform milik Synamedia membolehkan kandungan distrim secara terus tanpa lengah masa seperti yang ditawarkan oleh perkhidmatan penstriman Netflix dan iFlix. Pelanggan turut boleh mengakses fungsi DVR awanan (cDVDR) dengan kandungan yang direkod oleh pengguna boleh ditonton pada multi peranti apabila diperlukan. Kotak TV DTH hibrid dan 4K UHD baharu akan ditawarkan kepada pelanggan Astro dalam masa beberapa bulan dari sekarang.

Sebagai pelanggan Astro,kami telah lama menantikan penawaran kandungan 4K ini. Tetapi kemampuan menawarkan penstriman video tanpa lengah masa adalah yang paling penting pada kotak TV dan Astro GO kerana ia adalah kelemahan paling nyata mereka pada waktu ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889