Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Lockheed Membangunkan Sistem Rangkaian LTE-Menerusi-Satelit Pertama Dunia

$
0
0

Capaian 4G di Malaysia kini di tahap yang baik dan menstrim video ketika memandu kini sudah menjadi kebiasaan. Tetapi ramai tidak menyedari rangkaian selular yang dinikmati ini sensitif kepada kerosakan pada sistem menari. Apabila ini berlaku peranti pintar yang canggih terus hanya menjadi pemberat kertas kerana tiada sambungan rangkaian selular.

AngkasaLockheed Martin semalam telah mengumumkan pembangunan sistem rangkaian LTE-menerusi-Satelit (LTE-over-Satellite) pertama di dunia. Menerusi sistel LTEoS ini, telefon selular biasa boleh melakukan sambungan terus kepada satelit telekomunikasi dengan orbit geoselaras bagi membolehkan ia melakukan panggilan telefon. Ini adalah fungsi yang dapat membantu terutamanya apabila berlaku bencana yang mengakibatkan menara selular tumbang atau mempunyai beban yang tinggi kerana digunakan oleh banyak pengguna serentak.

Pihak Lockheed Martin tidak memberikan dengan lebih mendalam mengenai bagaimanakah LTEoS ini berfungsi. Apa yang diketahui ialah ia memerlukan cip LTE yang dihasilkan oleh Sequans Communications. Selain kegunaan ketika bencana, ia turut membolehkan panggilan pada rangkaian LTE dilakukan oleh kapal di laut atau di kawasan hutan yang tidak mempunyai menara selular.

Tahun lalu beberapa telefon pintar satelit telah dilancarkan seperti Magiic Xplore X7 keluaran Malaysia. Namun untuk melakukan panggilan telefon di luar rangkaian selular, pengguna perlu mempunyai langganan kepada perkhidmatan satelit Iridium.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889