Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Unifi Mobile Bekerjasama Dengan Celcom Untuk Liputan 4G Yang Lebih Luas

$
0
0

Celcom sedia mengumumkan kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia sebelum ini, sekaligus membolehkan para pengguna Unifi Mobile menggunakan rangkaian 2G dan 3G dariapda Celcom di kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh pihak Unifi Mobile.

Terkini, kerjasama berkenaan turut diperluaskan, dimana melalui kerjasama baru yang diumumkan, pihak Unifi Mobile turut “menyewa” rangkaian 4G daripada Celcom. Kerjasama ini diumumkan untuk tempoh tiga tahun akan datang – iaitu sehingga 2022 kelak.

Dengan liputan meluas Celcom untuk rangkaian 4G, hal ini sekaligus akan menguntungkan pelanggan Unifi Mobile untuk kekal berhubung pada kelajuan tinggi – apatah lagi dengan penawaran beberapa data yang khusus untuk penggunaan 4G LTE sahaja.

Lanjutan daripada pengumuman ini, kita mungkin akan dapat melihat kesan implementasinya secara meluas dalam minggu-minggu akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889