SKMM sebagai pihak berkuasa untuk memantau syarikat telekomunikasi sering mengeluarkan kompaun sekiranya syarikat telekomunikasi tidak mematuhi piawaian dan melanggar sejumlah perkara yang telah ditetapkan. Terkini, SKMM mengumumkan yang mana mereka kini lebih menguat-kuasa akta komunikasi terhadap syarikat telekomunikasi, dan telah mengeluarkan 63 kompaun berjumlah RM2.32 juta sehingga bulan Februari 2019 ini.
Ia boleh dikatakan agak tinggi jikalau berbanding pada 2018 lepas. Keseluruhan tahun 2018 menyaksikan sebanyak 77 kompaun dikeluarkan pada jumlah RM3 juta terhadap syarikat telekomunikasi.
Kompaun yang dikeluarkan pihak SKMM ini memenuhi sejumlah perkara, termasuk sebab kegagalan mematuhi kualiti piawaian minima, pendaftaran palsu, gagal memindahkan permintaan MNP dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan sebelum-sebelum ini, pihak SKMM tidak menyenaraikan maklumat lanjut kompaun seperti berapakah kompaun yang dikenakan terhadap setiap syarikat telekomunikasi.