Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909

Maxis Melantik CEO Baru Berkuatkuasa 1 Mei – Menyasarkan Pendapatan Mencapai RM10 Bilion Menjelang 2023

$
0
0

Maxis hari ini telah mengumumkan pelantikkan CEO baru berkuat-kuasa bulan Mei kelak. CEO baru berkenaan adalah Gökhan Ogut, yang mana kini merupakan COO (Ketua Pegawai Operasi) untuk Maxis.

Selari dengannya juga, Maxis menekankan kepada strategi baru syarikat berkenaan yang menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan syarikat berkenaan melangkaui RM10 bilion menjelang 2023 kelak.

Untuk menjayakan perkara ini, Maxis kini dalam peralihan kepada menjadi penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu, selain penawaran perkhidmatan digital untuk pasaran talian tetap dan juga mudah-alih.

Maxis sebelum ini telah hadir dengan penawaran perkhidmatan fiber pada harga sangat kompetitif – dan dijangka akan meneruskan penawaran berkenaan ke pelbagai lokasi baru. Selain daripada itu, Maxis juga kini mempromosikan gaya hidup digital melalui aplikasi mereka, selain bereksperimen dengan kaedah telekomunikasi baru melalui Ookyo. Mungkin dengan pengumuman dan peralihan baru ini, kita akan melihat lebih banyak penawaran baru daripada Maxis dalam bulan-bulan akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909